Quantcast
Channel: OnlineCasinoArchives.my » Hiburan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Adakah hartawan kasino akan kembali ke Vietnam?

$
0
0

Media tempatan melaporkan bahawa hartawan Sheldon Adelson, Pengerusi Las Vegas Sand, membangkitkan dua soalan ketika lawatan 10-minit beliau yang terakhir tetapi kemudiannya meninggalkan mukim Quang Ninh, di mana pihak kerajaan sedang merancang untuk mengembangkan Zon Ekonomi Van Don.

Adakah hartawan kasino akan kembali ke Vietnam?

Sebilangan hartawan kasino telah melawat Vietnam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, memberi janji untuk mengembangkan projek-projek kasino yang bernilai berbilion-bilion dolar tetapi kemudiannya mereka meninggalkan Vietnam.

Selain Adelson, ramai hartawan kasino yang lain pernah memberikan janji-janji mereka. Syarikat Malaysia Genting Berhad merupakan pelabur yang pertama mengumumkan minat mereka dalam membangunkan sebuah kasino di Van Don, dan mereka juga pelabur yang pertama untuk membatalkan sesebuah projek di sana.

Di penghujung 2013, selepas meninggalkan projek kasino Nam Hoi An, kumpulan tersebut juga membatalkan hasrat untuk mengaut keuntungan di Van Don.

Penganalisa memberi komen bahawa pelabur kasino dengan potensi yang terbesar adalah kumpulan-kumpulan luar Negara yang besar, kerana pelabur Vietnam sendiri tidak dapat memenuhi keperluan undang-undang untuk membuka kasino.

Bakal pelabur mesti melabur sekurang-kurangnya $4 bilion dalam sesebuah projek kasino. Tidak terdapat sebarang entiti sah di Vietnam yang mampu berbuat begitu.
Dalam masa yang sama, kumpulan luar negara yang besar berkata mereka akan melabur jumlah modal yang besar hanya jika Vietnam dapat memenuhi keperluan mereka.

Walau bagaimanapun, Vietnam hanya ingin membangunkan kasino di kawasan-kawasan yang berasingan, kerana projek-projek kasino akan membantu ekonomi tempatan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Trending Articles





Latest Images